atau hadis ~ NGUNDUH KAWRUH WOHING PAKARTI

Kamis, 24 Mei 2012

hadis

HASIL CARIAN BAGI PERKATAAN/FRASA nabi sa BERJAYA MENCAPAI 785 HADIS DARI KOLEKSI SAHIH BUKHARI SAHIH MUSLIM SUNAN AN-NASAI SUNAN IBNU MAJJAH
( al masih jesus kristus tiada dalam koleksi )

1  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1255.
Dari Miswar bin Makhramah dan Marwan r.a. katanya: Rasulullah s.a.w. ke luar dalam masa peperangan Hudaibiyah. Ketika telah sampai di suatu jalan, Nabi s.a.w. bersabda:"Sesungguhnya Khalid bin Walid di Ghamim dalam pasukan berkuda orang Quraisy menjadi pengintip, maka ambillah jalan ke sebelah kanan". Demi Allah, Khalid tiada mengetahui. sehingga ketika dalam debu tentera berangkatlah Khalid memacu kudanya untuk memberi peringatan kepada orang Quraisy. Dan Nabi s.a.w. terus berjalan, hingga ketika beliau berada di puncak bukit yang akan dituruni menghadap mereka. Unta beliau bersimpuh (berhenti). Orang banyak berkata: "Hal, hal!" (ucapan menghalau unta). Unta itu tiada mahu berjalan. Mereka berkata: "Qashwa mogok, Qashwa mogok!" Nabi berkata:" Qashwa bukan mogok, dan itu bukan sifatnya. Melainkan ia ditahan oleh yang menahan gajah (yang datang untuk meruntuh Kaabah)". Kemudian Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Tuhan yang diri ku di tanganNya, setiap mereka minta pada ku satu rencana buat membesarkan kehormatan Tuhan, selalu aku berikan kepada mereka." Kemudian beliau mengherdik unta beliau, lalu ia melompat. Kata Rawi (yang meriwayatkan hadis): Kemudian beliau berpaling dari mereka sehingga berhenti di tengah padang Hudaibiyah. Di situ ada lobang yang berisi sedikit air. Orang banyak menyauknya sedikit-sedikit dan tinggal di situ, sehingga mereka menghabiskan air itu. Maka diadukanlah kehausan kepada Rasulullah s.a.w. Lalu beliau mengambil anak panah dari tabungnya, kemudian beliau suruh mereka mencacakkannya dalam lobang itu. Maka demi Allah, memancarlah air dengan derasnya sehingga mereka kembali. Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Budail bin Warqa' Al Khuzai dalam satu rombongan dengan kaumnya suku Khuzaah. Mereka adalah kepercayaan Rasulullah s.a.w. di antara penduduk Tihamah. Kata Budail: "Saya meninggalkan Kaab bin Luai dan Amir bin Luai, berhenti di tempat-tempat air Hudaibiyah dan dengan mereka ada unta yang masih menyusukan anaknya. Mereka akan memerangi dan melarang tuan untuk mengunjungi Baitullah. Rasulullah s.a.w. bersabda: "Bahawa sesungguhnya kami datang bukanlah untuk memerangi seseorang, akan tetapi kami datang untuk mengerjakan 'umrah. Sesungguhnya orang Quraisy itu telah dilemahkan dan dirusak oleh peperangan. Kalau mereka menghendaki, saya beri tempoh kepada mereka dan mereka dibiarkan tidak perang antara saya dan mereka, biarpun saya akan menang. Kalau mereka hendak masuk ke dalam apa yang dimasuki orang banyak, iaitu perang, mereka boleh melakukannya! Kalau tidak, maka mereka dapat berehat. Kalau mereka tiada mahu, maka Tuhan yang, diri ku di tanganNya, mereka akan saya perangi atas dasar tugas , sampai leher saya putus. Sesungguhnya Tuhan akan melaksanakan pekerjaanNya". Budail berkata: "Nantilah saya sampaikan kepada mereka apa yang tuan katakan itu". Kata Rawi: Lalu ia berjalan hingga ditemuinya orang Quraisy. Katanya: "Bahawa sesungguhnya kami datang kepada mu dari laki-laki itu (Nabi Muhammad s.a.w.) dan kami dengar beliau mengucapkan sabdanya. Kalau kamu menghendaki supaya kami sampaikan kepada mu, kami lakukan". Orang-orang bodoh di antara mereka berkata: "Satu pun tidak perlu bagi kami untuk engkau khabarkan sabdanya itu". Orang cerdas di antara mereka berkata: "Terangkanlah apa katanya yang engkau dengar! Jawab Budak: "Saya dengar beliau bersabda begini dan begitu". Terus diceritakannya kepada mereka semua yang disabdakan Nabi s.a.w. Urwah bin Masuud lalu berdiri, katanya: "Hai kaumku! Bukankah kamu sebagai bapa?" Jawab mereka: "Ya!" Katanya: "Bukankah saya sebagai anak?" Jawab mereka: "Ya!" Katanya: "Kamu curigaikah saya'!" Jawab mereka: "Tidak!" Katanya: "Bukanlah kamu telah mengetahui bahawa saya meminta bantuan kepada penduduk 'Ukaz tatkala mereka tiada membantu saya, lalu saya datang kepada mu bersama-sama dengan keluarga, anak dan orang yang mengikut saya'? "Mereka menjawab:"Benar!" Seterusnya ia berkata: "Orang itu (Nabi Muhammad s.a.w.) sebenarnya telah memberikan rencana yang benar untuk kamu; hendaklah kamu terima dan biarkanlah saya datang menghadap beliau!" Jawab mereka: "Datanglah menghadapnya.". Lalu ia datang menghadap Nabi . berunding dengan Nabi s.a.w. sebagaimana sabda beliau kepada Budak!. Waktu itu "Urwah berkata: "Hai Muhammad! Bagaimana pendapat tuan jika tuan hapuskan 'kebiasaan kaum tuan'? Adakah tuan dengar seseorang di antara orang Arab yang telah menghapuskan keluarganya'! Kalau sekiranya terjadi, maka sesungguhnya, demi Allah, saya tiada akan melihat pemimpin-pemimpin, dan sesungguhnya saya lihat percampuran dari orang banyak, bahawa mereka akan lari dan meninggalkan tuan". Abu Bakar berkata kepadanya: "Hisaplah kemaluan Lata. Adakah kami akan lari ,meninggalkan beliau'!" Tanya 'Urwah: "Siapakah ini'!" Orang banyak menjawab: "Abu bakar!" Katanya: "Demi Tuhan yang diri ku ditanganNya! Kalau tidaklah kerana jasa-jasa engkau kepada saya yang tiada terbalas. nescaya saya jawab".Kata Rawi: Dan ia terus berunding dengan Nabi s.a.w. Setiap kali ia berbicara dijangkaunya janggut Nabi, sedangkan Mughirah bin Syuubah berdiri di belakangnya dengan memegang pedang dan bertopi waja. Setiap 'Urwah menghulurkan tangannya ke janggut Nabi s.a.w., Mughirah memukul tangannya dengan ujung sarung pedangnya, katanya: "Jauhkan tangan engkau dari janggut Rasulullah s.a.w." 'Urwah mengangkat kepalanya lalu bertanya: "Siapakah ini?" . Orang banyak menjawab: "Mughirah bin Syuubah!" Kata Urwah: 'Hai penipu! Bukankah saya telah berusaha menolak tipuan engkau? Mughirah pada masa jahiliyah bersahabat dengan suatu kaum, maka ia membunuh dan mengambil harta mereka. kemudian ia datang kepada Nabi s.a.w., lalu ia masuk Islam". Waktu itu Nabi s.a.w. bersabda: "Adapun untuk masuk Islam, saya terima. Adapun harta, itu bukan urusan saya". Sesudah itu 'Urwah menatap sahabat-sahabat Nabi s.a.w. dengan kedua matanya. Kata 'Urwah: "Demi Allah, kalau Rasulullah s.a.w.meludah dan jatuh di telapak tangan seseorang di antara mereka, digosokkannya ke muka dan kulitnya. Apabila beliau memberi perintah, mereka cepat melakukan perintah itu. Apabila beliau berwuduk, hampir-hampir mereka berkelahi berebutan air bekas wuduk beliau. Apabila beliau bersabda, mereka merendahkan suara di sisi beliau dan mereka tiada menunjukkan pandangan pada beliau kerana membesarkannya. Kemudian 'Urwah kembali kepada kawan-kawan lalu berkata:"Hai kawan-kawanku! Demi Allah. saya pernah menjadi utusan menemui raja-raja dan pernah menjadi utusan menemui Kaisar (Raja rom). Kisra (Raja Parsi),dan Najasi (Raja Habsyah). Demi Allah, belum pernah saya lihat sekali pun seorang raja yang dibesarkan oleh sahabat-sahabatnya (pengikutnya) sebagaimana Muhammad s.a.w. dibesarkan oleh sahabat-sahabat beliau. Demi Allah, jika Rasulullah s.a.w. meludah dan jatuh di telapak tangan seseorang di antara mereka, mereka menggosokkannya ke muka dan kulitnya. Apabila beliau memberi perintah kepada mereka, dengan cepat mereka melakukan perintah itu. Apabila beliau berwuduk, hampir-hampir mereka berkelahi berebut air bekas wuduk beliau. Apabila beliau bersabda, mereka merendahkan suara di sisi beliau dan mereka tiada menujukan pandangan kepada beliau kerana membesarkan beliau. Dan sesungguhnya beliau telah memberikan kepada kamu satu usul yang , maka terimalah!" Seorang laki-laki dari Bani Kinanah berkata: "Biarkanlah saya menemui beliau!" Mereka menjawab: "Temuilah!" Setelah ia berada dekat Nabi s.a.w. dan sahabat-sahabat, Rasulullah s.a.w. bersabda: "Si Anu ini dari kalangan kaum yang membesarkan (memuliakan) unta. Bawalah unta korban itu kepadanya!" Lalu dibawa unta itu, dan orang banyak pun menyambutnya sambil mengucapkan ucapan selamat datang. Setelah dilihatnya hal demikian itu, ia berkata: "Subhanallah, tiada sepantasnya mereka ini dihalangi mengunjungi Bait (Kaabah) . Setelah ia kembali kepada kawan-kawannya, ia berkata: "Saya lihat unta korban telah diberi kalung dan diberi tanda. Saya berpendapat jangan mereka diha1angi mengunjungi Bait (Kaabah)" Seorang laki-laki di antara mereka yang bernama fdikraz bin Hafs berdiri, lalu berkata: "Biarkanlah saya menemui beliau! Kata mereka: "Temuilah!" Setelah dia hampir tiba, Nabi s.a.w. bersabda: Ini Mikraz! Dia seorang laki-laki yang jahat! Lalu dia berunding dengan Nabi s.a.w. Ketika dia berunding dengan beliau itu tiba-tiba Suhail bin Amr datang. Maamar berkata: Maka Ayyub menceritakan kepada saya tentang Ikrimah, bahawa ketika Suhail bin 'Amr datang, Nabi s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya telah mudah semua pekerjaan kamu!" Maamar berkata lagi: Zuhri mengatakan dalam hadisnya: Maka datanglah Suhail bin 'Amr dan berkata: "Marilah kita membuat sebuah surat perjanjian antara kami dan kamu". Kemudian Nabi s.a.w. memanggil seorang penulis, maka disabdakan oleh Nabi s.a.w.: "Bismillahir Rahmanir Rahim". (Dengan nama Allah yang pemurah dan penyayang). Kata Suhail: "Adapun Rahman, maka demi Allah, saya tiada mengerti apakah itu? Akan tetapi tulislah "Bismikallahumma" (Dengan nama Engkau, hai Allah) sebagaimana yang biasa engkau tulis". Kata orang-orang Islam: "Demi Allah, kami tiada akan menuliskan melainkan "Bismillahir Rahmanir Rahim". Nabi s.a.w. bersabda: "Tulislah Bismikallahumma!" Kemudian beliau bersabda: "Inilah yang telah diputuskan oleh Muhammad Rasullullah". Kata Suhail : "Demi Allah. kalau kami mewakili tuan Rasullullah, tiadalah kami akan melarang tuan mengunjungi Baitullah dan tiada pula kami akan memerangi tuan. Akan tetapi tulislah "Muhammad bin Abdullah", Nabi s.a.w. bersabda: "Demi Allah, bahawa sesungguhnya saya Rasulullah, tetapi kalau sekiranya kamu mendustakan saya, tulislah "Muhammad bin Abdullah". Kata al-Zuhri: Dan hal itu mengingat sabda Nabi: "Kalau mereka minta kepada ku garis untuk membesarkan agama Allah nescaya aku berikan". Seterusnya Nabi s.a.w. bersabda: "Kamu jangan menghalangi kami mengunjungi Bait, supaya kami dapat tawaf di situ". Kata Suhail: "Jangan-jangan nanti orang-orang Arab menceritakan bahawa kami ditekan (mundur). maka yang demikian itu baiklah dilakukan pada tahun di muka". Lalu dituliskan. Kata Suhail: "Dan lagi kalau seseorang di antara kami datang kepada tuan, walaupun ia memeluk agama tuan, hendaklah tuan kembalikan kepada kami". Kata orang-orang Islam: "Subhanallah! Mengapa dia dikembalikan kepada orang Musyrik, sedangkan dia datang sebagai orang Islam?" Ketika mereka dalam keadaan demikian, tiba-tiba datanglah Abu Jandal bin Suhail bin Amr dalam keadaan terbelenggu. la keluar dari hilir Mekah sehingga sampai di hadapan orang Islam. Kata Suhail: "inilah hai Muhammad! Buat pertama kali, apa yang saya Minta untuk tuan, kembalikan kepada saya", Nabi s.a.w. bersabda: '.Sesungguhnya kita belum lagi selesai membuat perjanjian". Kata Suhail: "Demi Allah! Kalau begitu selamanya saya tidak mahu berdamai dengan tuan dalam hal apa jua pun;'. Nabi s.a.w. bersabda: "Biarkanlah ia bersama saya!" Katanya: "Saya tiada akan membiarkannya bersama tuan". Sabda beliau: "Ya, mesti engkau lakukan!" Jawabnya: "Saya tidak akan melakukan". Kata Mikraz: "Baiklah kami biarkan dia bersama tuan", Kata Abu Jandal: "Hai kaum Muslimin, akan dikembalikankah saya kepada orang-orang musyrik, sedangkan saya datang untuk masuk agama Islam! Bukankah telah kamu ketahui apa yang saya derita?" Dan dia disingkir kerana agama Allah dengan seksa yang hebat. Kata Rawi: Umar bin Khattab berkata:Lalu saya datang menghadap Nabi s.a.w. Kata saya: "Bukankah tuan sebenarnya Nabi Allah?" Jawab beliau: "Ya". Kata saya: "Bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita menurut yang batil'?" Jawab beliau: "Ya!" Kata saya: "Kalau begitu apakah tuan masukkan yang kurang baik dalam ugama kita?" Jawab beliau: "Sesungguhnya saya Rasulullah dan saya tidak pernah mendurhakaiNya, Dialah yang menolong saya". Kata saya: "Bukankah tuan pernah menceritakan pada kami, bahawa sesungguhnya kita akan mengunjungi Baitullah dan kita tawaf di situ'!" Jawab beliau: "Ya! Adakah saya mengkhabarkan kepada mu bahawa kita akan mengunjunginya tahun ini'?" Jawab saya: "Tidak!" Umar berkata: "Lalu saya datang menemui Abu Bakar. kata saya: "Hai Abu Bakar! Bukankah orang ini sebenarnya Nabi Allah? Jawabnya: "Ya!" Kata saya: "Bukankah kita di atas kebenaran dan musuh kita menurut yang batil?" Jawabnya: "Ya!" Kata saya:"Kalau begitu, mengapa kita datangkan yang kurang baik dalam agama kita?" Kata Abu Bakar: "Hai Umar! Sesungguhnya beliau sebenarnya Rasulullah s.a.w. dan beliau tiada mendurhakai Allah. Dialah yang menolong beliau. Maka peganglah (patuhilah) perintah beliau! Demi Allah! Sesungguhnya beliau atas yang benar!" Kata saya: "Bukankah beliau pernah menceritakan kepada kita. bahawa sesungguhnya kita akan mengunjungi Baitullah dan tawaf di situ?" Katanya: "Ya! Adakah beliau mengkhabarkan kepada engkau bahawa engkau akan mengunjungi tahun ini?" Kata saya: "Tidak !" Katanya: "Sesungguhnya engkau akan mengunjunginya lain tahun. Kata Rawi: Setelah selesai membuat surat perjanjian, Rasulullah s.a.w. bersabda kepada sahabat-sahabat :"Berdirilah (siaplah Dan sembelihlah korbanmu, kemudian ,bercukurlah" Kata Rawi: Demi Allah! Tiada seorang pun di antara mereka yang berdiri, sehingga beliau ulang ucapan yang demikian sampai tiga kali. Tatkala tidak ada seorangpun di antara mereka yang berdiri, beliau lalu masuk ke tempat Ummu Salamah, lantas beliau khabarkan kepadanya apa yang ditemuinya (dialaminya)dari orang banyak. Kata Ummu Salamah: "Hai Nabi Allah! Adakah tuan menghendaki yang demikian? Keluarlah tuan. kemudian janganlah tuan berkata sepatah juapun terhadap seseorang di antara mereka melainkan tuan sendiri lebih dahulu menyembelih korban tuan, dan tuan panggil tukang cukur untuk mencukur rambut tuan". Beliau lalu ke luar dan tiada berkata sepatah pun terhadap seseorang di antara mereka, sehingga beliau melakukan yang demikian itu. Beliau sembelih korban beliau dan beliau panggil tukang cukur, lalu dicukurnya rambut beliau. Setelah mereka melihat yang demikian itu, mereka pun berdiri lalu menyembelih korbannya dan sebahagian mereka mencukur yang lain, sehingga hampir-hampir sebahagian mereka membunuh kawannya, kerana cemas (takut terlambat) menurut perintah. Setelah itu, perempuan-perempuan yang beriman datang menghadap Rasulullah. Tuhan yang Maha Tinggi menurunkan ayat. yang ertinya: "Hai orang-orang yang beriman! Apabila perempuan-perempuan yang beriman datang kepada kamu berpindah (meninggalkan negerinya), hendaklah mereka kamu uji"- sampai dengan - "perempuan yang tiada beriman" (Al Quran surat Al Mumtahanah, 10). Waktu itu Umar menceraikan dua orang isterinya yang telah ada pada waktu syirik (mempersekutukan Tuhan). Kemudian seorang di antaranya dikahwini oleh Muawiyah bin Abu Sufyan, dan yang seorang lagi oleh Safwan bin Umaiyah. Sesudah itu Nabi s.a.w. kembali ke Madinah. Abu Basil' salah seorang di antara orang Quraisy datang kepada beliau, dia beragama Islam. Lalu kaum Quraisy menyuruh dua orang laki-laki untuk mencarinya. Kata perutusan itu kepada Nabi: "Penuhilah janji yang telah dibuat antara tuan dan kami!" Beliau lalu menyerahkan Abu Basir kepada dua orang laki-laki tadi. Keduanya lalu berangkat bersama-sama dengan dia sehingga sampai di Zulhulaifah. Lalu mereka berhenti dan makan kurma. Kata Abu Basir kepada salah seorang yang berdua tadi: "Demi Allah, .sesungguhnya saya lihat pedang engkau ini amat bagus!" Laki-laki itu lalu menghunuskannya, katanya: "Ya, demi Allah, sesungguhnya amat bagus, telah banyak kali saya cuba". Kata Abu Basil': "Perlihatkanlah kepada saya supaya dapat saya perhatikan!" Lalu diberikannya. Abu Basil' lalu menetaknya dengan pedang itu sehingga ia mati. Yang seorang lagi terus lari ke Madinah, dan sampai di Madinah ia berlari masuk masjid. Ketika Rasulullah s.a.w. melihatnya, beliau bersabda: Sesungguhnya orang ini ketakutan". Setelah ia sampai menghadap Nabi s.a.w. ia berkata: "Demi Allah, ia telah membunuh kawan saya dan saya akan dibunuhnya pula". Dalam pada itu Abu Basil' datang lalu berkata: "Hai Nabi Allah! Demi- Allah! Tuhan telah menyempurnakan janji tuan! Sesungguhnya tuan telah mengembalikan saya kepada mereka. kemudian Tuhan melepaskan saya dari mereka". Nabi s.a.w. bersabda: "Wahai celaka! Sumber api peperangan! Kalau begitu. perlu seorang pembantu". Tatkala didengarnya yang demikian itu, mengertilah ia bahawa sesungguhnya beliau akan mengembalikannya kepada mereka. Lalu ia keluar sehingga sampai di pantai laut. Kata Rawi: Abu Jandal bin Suhail menghilang, lalu berhubungan dengan Abu Basir. Dan seterusnya di antara orang Quraisy yang telah Islam keluar (pergi) dari Mekah terus berhubung dengan Abu Basir sehingga mereka berkumpul menjadi satu golongan. Kalau mereka mendengar khabar keberangkatan rombongan kafilah orang Quraisy pergi ke Syam (Syria), mereka merampas, membunuh dan mengambil harta mereka. Maka dikirimlah utusan oleh orang Quraisy menghadap Nabi s.a.w. bermohon kerana Allah dan kerana pertalian keluarga, membawa pesan. bahawa siapa yang datang kepada Nabi. bahawa dia dinyatakan aman (tidak dikembalikan ke Mekah). Nabi s.a.w. mengutus orang memanggil mereka. Lalu Tuhan Yang Maha Tinggi menurunkan ayat yang ertinya: "Dialah yang telah mencegah tangan mereka terhadap kamu, dan tangan kamu terhadap mereka di tengah kota Mekah. Sesudah dia memenangkan kamu di atas mereka sampai dengan kesombongan itu ialah kesombongan (kebencian) masa jahiliyah". (Surat Al Fath, 24 - 26). Kesombongan jahiliyah itu ialah kesombongan mereka yang menyebabkan tiada mahu mengakui Muhammad Rasul Allah dan tidak mahu mengakui Tuhan yang Pemurah lagi Penyayang serta menghalangi orang Islam mengunjungi Baitullah (Kaabah).
2  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0210.
Berita dari 'Imran mengatakan : "Kami menyertai Rasulullah saw. dalam suatu perjalanan dan kami berjalan hingga jauh malam. Kami berhenti pada suatu perhentian dan segera mengantuk kerana lelah. Tidak ada tidur yang lebih enak bagi seorang musafir daripada tidur di bahagian akhir malam. Sehingga tidak ada yang membangunkan kami selain teriknya panas matahari. Orang yang bangun pertama kali ialah si Fulan, kemudian itu si Fulan, dan kemudian itu lagi si Fulan (nama-nama orang itu ada disebutkan oleh Abu Raja' yang menerima hadis ini dari 'Imran, tetapi 'Auf yang menerima hadis ini dari Abu Raja' telah lupa), kemudian itu bangun pula Umar bin Khathab nombor empat. Nabi saw. sendiri apabila beliau tidur, tidak ada yang berani membangunkan, sehingga beliau bangun sendiri; kerana kita tidak tahu apa yang sedang terjadi dengan beliau waktu beliau tidur. Setelah Umar bangun dan melihat apa yang terjadi, padahal dia seorang yang bersikap keras, lalu dia takbir dengan suara sekeras-kerasnya sehingga Rasulullah saw. terbangun oleh suaranya itu. Setelah Nabi bangun, mereka mengadu kepada beliau apa yang telah terjadi (iaitu solat subuh mereka luput kerana tertidur). " Jawab Nabi saw., "Tidak mengapa dan marilah kita berangkat!" Setelah berangkat dan berjalan tidak berapa jauhnya, Nabi berhenti dan meminta air untuk berwuduk. Setelah wuduk dan azan, maka Nabi solat berjemaah dengan rombongannya. Setelah selesai solat, Nabi melihat seseorang yang menjauhkan diri dan tidak ikut solat berjemaah dengan rombongan. Nabi bertanya: "Hai, Fulan! Mengapa anda tidak ikut solat berjemaah bersama rombongan?" Jawabnya, "Saya kena jinabah, sedangkan air tidak ada." Sabda Nabi saw., "Gunakanlah tanah, sesungguhnya tanah itu cukup untukmu (bertayammum)." Sesudah itu Nabi saw. dan rombongan meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan, rombongan mengadu kepada Nabi saw. bahawa mereka haus. Nabi berhenti dan memanggil si Fulan, yang namanya disebutkan oleh Abu Raja', tetapi 'Auf yang menerima hadis ini dari Abu Raja' lupa namanya, dan dipanggilnya pula' Ali bin Abi Thalib. Kata Nabi saw., "Pergilah anda berdua mencari air!" Keduanya lalu pergi mencari air. Mereka bertemu dengan seorang wanita sedang duduk di antara dua mazadah di punggung untanya. Keduanya bertanya kepada wanita itu, "Di manakah kami boleh memperoleh air?" Jawab wanita itu, "Kelmarin saya telah berjanji akan membawa air ke sini sekarang, kaum kami sedang menunggu-nunggu." Kata keduanya, "Berjalanlah sekarang juga!" Tanya wanita itu, "Kemana?" Jawab keduanya, "Kepada Rasulullah saw." Tanya wanita itu, "Apakah yang anda maksudkan orang yang disebut Ash Shabi (pembawa agama baru) itu?" Jawab keduanya, "Ya, betul orang yang anda maksudkan itu. kerana itu teruslah berjalan kepadanya." Keduanya membawa wanita itu kepada Rasulullah saw. dan menceritakan peristiwa di atas kepada beliau. Kata Nabi saw., "Suruhlah wanita itu turun dari untanya!" Dan Nabi menyuruh mengambil sebuah bejana, lalu dituangkannya air dari, mulut kedua mazadah itu dan setelah itu ditutupnya kembali, kemudian dibukanya pula mulut mazadah yang lain. Kemudian dipanggilnya seluruh rombongan dan disuruhnya minum, "Minumlah kamu sekalian dan beri minum pula binatang-binatangmu!" Maka minumlah mereka semuanya dan memberi minum pula siapa yang hendak memberi minum binatang-binatangnya. Akhirnya Nabi saw. memberikan sebuah bejana berisi air kepada orang yang kena jinabah. Kata Nabi kepadanya: "Pergilah anda mandi!" Wanita itu berdiri saja memperhatikan apa yang dibuat orang dengan airnya. Demi Allah, setelah seluruh rombongan selesai mengambil air, kami lihat mazadah itu lebih penuh isinya dari sebelumnya. Sabda Nabi saw., "Kumpulkan barang makanan untuk wanita ini!" Maka dikumpulkan orang untuk dia, makan-makanan seperti tamar, susu, tepung. Setelah terkumpul, lalu dibungkus dengan sehelai kain, kemudian wanita itu dinaikkan ke atas untanya kembali dan bungkusan itu diletakkan di hadapannya. , Kata Nabi kepadanya, "Engkau tahu, kami tidak mengurangi airmu sedikit pun. hanya Allah swt. yang memberi minum kami. " Maka sampailah wanita itu kepada kaumnya dan dia terlambat datang. Kata mereka, "Mengapa engkau terlambat, hai, Fulanah?" Jawab wanita itu, "Sungguh ajaib! Saya bertemu dengan dua orang laki-laki, lalu saya dibawanya kepada orang yang di sebut Ash Sahbi (pembawa agama baru). Lalu dibuatnya begini dan begitu. Demi Allah, sesungguhnya dia seorang tukang sihir yang sangat pandai di antara ini dan ini (dia berkata dengan isyarat dua anak jarinya) jari tengah dan jari telunjuk, kemudian mengangkat keduanya ke langit, maksudnya antara langit dan bumi, atau dia itu benar-benar Rasulullah sesungguhnya." Tidak lama kemudian, kaum muslimin menyerang orang-orang musyrik di sekitar kampung wanita tadi, tetapi mereka tidak menyerang kaum tempat asal wanita itu sendiri. Pada suatu hari wanita itu berkata kepada kaumnya, "Saya kira kaum muslimin itu dengan sengaja tidak menyerang kamu kerana itu Islamlah kamu!" Mereka patuh akan ajakan wanita itu, lalu semuanya masuk Islam.
3  
Hadis Sahih Muslim Jilid 3. Hadis Nombor 1610.
Dari Humaid bin 'Abdurrahman al Himyari r.a., dari tiga orang anak Sa'ad, yang semuanya menceritakan kepada Huma'id tentang bapa mereka, bahawa Nabi saw. datang mengunjungi Sa'ad ke rumahnya di Mekah, lalu Sa'ad menangis. Nabi saw. bertanya, "Mengapa engkau menangis?" Jawab Sa'ad, "Aku khuatir akan meninggal di negeri (Mekah) yang aku telah hijrah daripadanya, sebagaimana halnya kematian Sa'ad bin Khaulah." Lalu Nabi saw. mendoa, "Allahumma isyfi Sa'dan!" (3 X) Kemudian Sa'ad bertanya, "Ya, Rasulullah! Aku mempunyai harta cukup banyak. Sedangkan yang akan mewarisi hartaku itu hanya dua orang anak perempuanku. Bolehkah aku mewasiatkan seluruh hartaku itu?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Lalu tanyaku, "Kalau seperdua?" Jawab beliau, "Tidak boleh!" Lalu tanyaku lagi, "Kalau sepertiga?" Jawab beliau, "Sepertiga pun masih terlalu banyak. Sesungguhnya harta yang engkau sedekahkan pasti mendapat pahala. Sekalipun yang engkau belanjakan untuk keluarga dan yang dimakan isterimu. Jika engkau tinggalkan keluargamu dalam keadaan baik (kaya), itu lebih bagus daripada engkau tinggalkan mereka menadahkan tangan meminta-minta kepada orang ramai."
4  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 1. Hadis Nombor 0218.
Berita dari Anas (bin Malik) mengatakan: "Ketika Rasulullah saw. memerangi negeri Khaibar, kami solat subuh di dekat sana ketika hari masih gelap. Kemudian Nabi dan Abu Thalhah menaiki untanya masing-masing, sedangkan aku membonceng di belakang Abu Thalhah. Nabiyallah saw. berjalan melalui jalan sempit menuju Khaibar, lalu lutut ku bersentuhan dengan paha Nabi saw. Beliau menyingsingkan kain sarungnya dari pahanya sehingga kelihatan olehku putih paha Nabi. Setelah masuk negeri Khaibar, Nabi mengucapkan, 'Allahu Akbar, roboh Khaibar! Sesungguhnya, apabila kami datang pada halaman suatu kaum, maka sangat buruklah pagi-pagi itu orang-orang yang diberi peringatan.' Kata-kata itu beliau ucapkan tiga kali. Kata Anas, "Maka keluarlah penduduk negeri itu ke tempat mereka bekerja. Mereka berkata, "Muhammad dan tenteranya datang!" Kami dapat menaklukkan Khaibar dengan kekerasan. Rampasan dan tawanan lalu dikumpulkan. Tiba-tiba Dihyah datang kepada Nabi saw. dan berkata, "Ya, Nabiyallah! Berilah aku seorang jariyah (sahaya perempuan) dari tawanan itu." Jawab Nabi. "Pergilah! Ambillah seorang jariyah!" Lalu Dihyah mengambil Shafiyah binti Huyai. Kemudian, seorang laki-laki datang kepada Nabi saw. mengatakan, "Ya, Nabiyallah! Kenapakah wanita itu yang Tuan berikan kepada Dihyah? Bukankah Shafiyah binti Huyai seorang wanita bangsawan suku Quraizhah dan suku Nadhir? Tidak ada yang patut memilikinya melainkan hanya Tuan sendiri." Kata "Nabi, "Panggil Dihyah dan suruh bawa wanita itu ke sini!" Dihyah datang membawa wanita itu. Setelah diperhatikan oleh Nabi saw., beliau berkata kepada Dihyah, "Ambil olehmu jariyah yang lain di antara para tawanan itu!" Shafiyah binti Huyai dimerdekakan oleh Nabi saw. dan kemudian dikahwininya. Tsabit (yang menerima hadis ini dari Anas) bertanya kepada Anas, "Hai, Abu Hamzah (Anas)! Apakah mas kahwinnya?" Jawab Anas, "Diri wanita itu sendiri; dia dimerdekakan oleh Nabi saw. lalu dikahwininya. " Di tengah perjalanan - waktu kembali ke Madinah - Ummu Sulaim (ibu Anas) mempersiapkan Shafiyah untuk perkahwinannya dengan Nabi. Tengah malam dia mengantarkan Shafiyah kepada Nabi saw. maka jadi pengantinlah Nabi ketika itu. Kata Nabi saw. kepada sahabat-sahabatnya, "Barangsiapa mempunyai makanan, bawalah kemari!" Lalu dibentangkan Nabi tikar kulit. Di antara sahabat-sahabat ada yang membawa korma, ada yang membawa minyak samin, tepung dan sebagainya. Semuanya dicampur jadi satu, dan itulah jamuan pesta perkahwinan Rasulullah saw. (dengan Shafiyah binti Huyai).
5  
Hadis Sahih Bukhari Jilid 3. Hadis Nombor 1475.
Dari Ibnu Abbas r.a., katanya: Mula-mula perempuan yang mengambil (memakai) ikat pinggang, ialah ibu Nabi Ismail, diambilnya ikat pinggang supaya hilang jejaknya oleh Sarah. Kemudian Nabi Ibrahim a.s. membawa Ibu Ismail dan anaknya yang masih menyusu, lalu di tempatkannya dekat perumahan Bait (Kaabah), di bawah pohon Dauhah di tepi bakal sumur Zamzam, di perumahan masjid. Waktu itu tidak ada seorang pun yang tinggal di Mekah dan di situ air pun tidak ada. Nabi Ibrahim lalu menempatkan keduanya di sana dan diletakkannya di sisi keduanya sebuah tempat makanan yang berisi kurma dan sebuah tempat minum yang berisi air. Kemudian Nabi Ibrahim berangkat. Ibu Ismail lalu mengikutinya sambil berkata: "Hai Ibrahim! Tuan hendak kemana? Sampai hatikah tuan meninggalkan kami di lembah yang tidak ada manusia dan tidak pula ada sesuatunya di sini". Diucapkannya perkataan itu berulang-ulang. Nabi Ibrahim tiada menoleh. Kata ibu Ismail kepadanya: "Tuhankah yang menyuruh tuan berbuat begini?" Jawab Ibrahim: "Ya!" Katanya: "Jika begitu, Tuhan tiada akan mensia-siakan kami'. Kemudian ibu Ismail kembali dan Ibrahim pun terus berjalan. Ketika ia berada di Saniah, di tempat yang kira-kira tidak kelihatan oleh ibu Ismail, Ibrahim menghadap ke arah Bait, kemudian ia berdoa dengan beberapa kalimat, sambil mengangkat kedua tangannya. Doanya: "Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya aku menempatkan sebahagian dari turunanku di lembah yang tiada mempunyai tanam-tanaman, di dekat Rumah Suci Engkau. Wahai Tuhan kami! Supaya mereka tetap mengerjakan solat. Sebab itu, jadikanlah hati manusia tertarik kepada mereka, dan belilah buah-buahan, menjadi rezeki mereka, mudah-mudahan mereka berterima kasih!" Kemudian ibu Ismail menyusukan anaknya dan meminum air yang disediakan itu. Ketika air yang dalam tempat air itu habis, ia dan anaknya merasa haus. Ketika ia memandang anaknya membalik-balik, ia pun pergi kerana tak sampai hati melihat anaknya. Maka dilihatnya bukit Safa paling dekat kepadanya. Lalu ia berdiri ke sana dan menghadap ke lembah, kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tidak melihat seorang juapun. Ia turun dari Safa. Ketika ia di lembah, diangkatnya tepi bajunya, kemudian ia berjalan cepat-cepat seperti perjalanan orang kecemasan, sampai ia melalui lembah. Kemudian ia tiba di Marwah, lalu ia berdiri di situ dan melihat kalau-kalau ada orang. Tetapi ia tiada melihat seorang jua pun. Dilakukannya yang demikian sampai tujuh kali. Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Kerana itulah , orang haji mengerjakan Saai di antara Safa dan Marwah". Ketika Ibu Ismail berada di Marwah, ia mendengar suara, lalu ia berkata kepada dirinya sendiri: "Dengarlah!" Kemudian ia berhati-hati mendengarkannya, maka didengarnya pula suara itu. Ia berkata: "Sesungguhnya engkau telah memperdengarkan suara, adalah kiranya pertolongan dari sisi engkau". Tiba-tiba di situ ada malaikat dekat tempat Zamzam lalu ia menggali dengan tumitnya atau dengan sayapnya sehingga keluarlah air. Ibu Ismail lalu membendungnya dengan tangannya begini: Ia menyauk air itu untuk mengisi tempat airnya, dan air itu pun terus menyembur sesudah disauk. Ibnu Abbas berkata: Nabi s.a.w. bersabda: "Mudah-mudahan Tuhan mengasihi ibu Ismail! Jika dibiarkannya Zamzam, atau tidak disauknya air itu, sesungguhnya akan menjadi mata air yang mengalir." Sabda beliau: "Ibu Ismail lalu minum dan menyusukan anaknya. Malaikat berkata kepadanya: "Janganlah engkau takut akan binasa! Sesungguhnya di sini Baitullah yang bakal dibangun oleh anak ini dan ayahnya, dan sesungguhnya Tuhan tiada akan menyia-nyiakan penduduk tempat ini." Dan tinggi Baitullah itu dari tanah sebagai longgokan tanah, yang dilanda oleh banjir di sebelah kanan dan kirinya. Demikianlah keadaan perempuan itu, sehingga lalulah serombongan dari suku Jurhum yang datang dari jalan Kada', lalu mereka itu berhenti di hilir Mekah. Mereka melihat burung berputar-putar di udara, lalu mereka berkata: "Burung ini berputar di atas air". Sebenarnya kita di lembah ini menemui tempat yang di situ ada air. Mereka lalu mengirim seorang atau dua orang utusan. Tiba-tiba utusan itu menemui air, segera mereka kembali dan terus dikhabarkannya pada mereka (kawannya) bahawa di situ ada air. Lalu mereka berkata: "Adakah engkau mengizinkan kami tinggal di tempatmu?" Jawab perempuan itu: "Ya, tetapi kamu tiada berhak atas air itu!" Kata mereka: "Ya, baiklah!" Ibu Ismail menerimanya dengan baik, kerana dia ingin ada orang lain bersama dia. Mereka lalu tinggal di situ bersama-sama dengan keluarga mereka, sehingga terjadilah beberapa rumah tangga mereka, sedang Ismail telah agak besar (hampir dewasa). Ia mempelajari bahasa Arab dari mereka. Ia amat dikasihi mereka. Ismail amat menarik dan mengagumkan mereka, ketika itu umurnya hampir dewasa. Mereka mengahwinkan Ismail dengan seorang perempuan di antara mereka, dan ibu Ismail pun meninggal. Sesudah Ismail kahwin, datanglah Nabi sesudah Ismail kahwin, datanglah Nabi Ibrahim melihat anak isteri yang ditinggalkannya, tetapi beliau tiada menemui Ismail. Ibrahim lalu bertanya pada isteri Ismail dari hal keadaannya. Kata isteri Ismail: "Ia pergi mencari keperluan kami". Kemudian Ibrahim menanyakan dari hal penghidupan dan keadaan mereka. Kata perempuan itu: "Kami dalam keadaan sengsara, kami dalam kesempitan dan kesusahan". Ia mengadukan halnya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata: "Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya dan katakanlah baginya supaya diubahnya bingkai pintunya". Setelah Ismail datang, seolah-olah ia merasakan sesuatu, lalu ia bertanya: "Adakah orang yang datang kepadamu?" Jawabnya: "Ya, ada orang tua datang kepada kami, lalu saya bercerita kepadanya. Ditanyakannya bagaimana penghidupan kita lantas saya ceritakan bahawa sesungguhnya kita dalam kepayahan dan kesusahan". Kata Ismail: "Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau?" Jawabnya: "Ya, disuruhnya saya menyampaikan salam kepada engkau dan dikatakannya: "Ubahlah bingkai pintumu!" Kata Ismail: "Itulah ayahku! Sebenarnya ia menyuruh saya supaya menceraikan engkau. Kembalilah engkau kepada keluarga engkau!" Ismail pun mentalaknya. Kemudian ia kahwin dengan perempuan lain. Setelah beberapa lama Ibrahim datang kembali, tetapi tidak juga menemui Ismail. Ia lalu masuk ke rumah isteri Ismail, dan ditanyakannya dari hal Ismail. Kata perempuan itu: "Ia pergi mencari keperluan kami!" Kata Ibrahim: "Bagaimana keadaanmu?" Ditanyakannya hal penghidupan dan keadaan mereka. Jawabnya: "Kami dalam keadaan baik dan lapang". Dan perempuan itu pun memuji Tuhan. Tanya Ibrahim: "Apakah makananmu?" Jawabnya: "Daging". Tanya beliau: "Apakah minumanmu?" Jawabnya: "Air". Doa Ibrahim:"Wahai Tuhan, berilah kiranya keberkatan untuk mereka mengenai daging dan air!" Nabi s.a.w bersabda: "Ketika itu belum ada di situ tanaman yang berbiji. Sekiranya mereka mempunyai, nescaya Nabi Ibrahim mendoakan keberkatannya. Maka yang dua itu (daging dan air) di negeri lain dari Mekah biar pun ada, tetapi tidak sesuai untuk jadi makanan pokok. Kata Nabi Ibrahim: "Apabila datang suami engkau, sampaikanlah salam kepadanya, dan suruhlah ia supaya menetapkan bingkai pintunya!" Ketika Ismail datang, ia bertanya: "Adakah seorang yang datang kepadamu?" Jawab isterinya: "Ada! Datang kepada kami seorang tua yang baik keadaannya". Dan perempuan itu pun memujinya. "Ia menanyakan tuan pada saya dan menanyakan bagaimana kehidupan kita, lalu saya ceritakan, bahawa sesungguhnya kita dalam keadaan baik". Kata Ismail: "Adakah ia memesankan sesuatu kepada engkau'?" Jawabnya: "Ada! Disuruhnya sampaikan salam kepada tuan dan disuruhnya supaya menetapkan bingkai pintu tuan". Kata Ismail: "Itulah ayahku dan engkaulah yang dikatakan bingkai pintu. Beliau menyuruh saya supaya tetap beristerikan engkau". Beberapa masa kemudian sesudah itu Ibrahim datang kembali dan didapatinya Ismail sedang meruncing anak panahnya di bawah pohon Dauhah, tidak jauh dari Zamzam. Setelah ia melihat ayahnya, ia berdiri menemuinya. Keduanya lalu berpelukan sebagaimana diperbuat seorang ayah dengan anaknya dan anak dengan ayahnya. Kemudian Nabi Ibrahim berkata: "Hai Ismail! Sesungguhnya Tuhan memerintahkan satu perintah kepada saya" Jawab Ismail: "Laksanakanlah apa yang diperintahkan Tuhan itu!" Kata Ibrahim: "Mahukah engkau menolong saya?" Jawab Ismail: "Saya bersedia menolong ayah". Kata Ibrahim: "Sesungguhnya Tuhan memerintahkan kepada saya supaya saya mendirikan Baitullah di sini", Ia menunjuk kepada tumpukan tanah yang tinggi di sekelilingnya. Sesudah itu keduanya meninggikan (memasang) asas Bait (Kaabah). Nabi Ismail membawa batu dan Nabi Ibrahim memasangnya. Setelah pasangan itu tinggi Ismail membawa batu (untuk berpijak Ibrahim). Ibrahim lalu berdiri di atasnya untuk memasang dan Ismail menunjukkan batu. Kata Nabi: Keduanya meneruskan pembangunan sampai selesai, lalu berputar sekeliling Kaabah, mengucapkan: "Wahai Tuhan kami! Terimalah kerja kami. Sesunguhnya Engkau mendengar lagi mengetahui!"
6  
Hadis Sahih Muslim Jilid 1. Hadis Nombor 0096.
Dari Anas bin Malik r.a., katanya: "Setelah turun ayat: Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu meninggikan suaramu melebihi suara Nabi, maka Tsabit bin Qais tinggal diam di rumah beberapa lamanya, dan ia berkata: "Aku ini penghuni neraka." Kerana itu ia takut bertemu dengan Nabi saw. Nabi saw. bertanya kepada Sa'ad bin Mu'adz, katanya: "Hai, Abu 'Amar! Kenapa Tsabit tidak pernah kelihatan, bagaimanakah dia, apakah dia sakit?" Jawab Sa'ad, "Tsabit itu tetanggaku, setahuku dia tidak sakit!" Kata Anas, "Kerana itu Sa'ad mendatangi Tsabit, lalu mengabarkan bahawa Rasulullah saw. menanyakannya." Kata Tsabit kepada Sa'ad, "Ayat itu turun. Anda semua tahu bahawa aku orang yang paling tinggi suaranya di hadapan Nabi. Kerana itu aku merasa diri ku ini penghuni neraka." Sa'ad menyampaikan ucapan Tsabit itu kepada Nabi saw., lalu beliau bersabda: "Sesungguhnya dia penghuni syurga!"
7  
Hadis Sahih Muslim Jilid 4. Hadis Nombor 2377.
Dari 'Aisyah r.a., isteri Nabi saw. katanya: "Biasanya apabila Rasulullah saw. hendak melakukan suatu perjalanan jauh, beliau mengadakan undian di antara para isteri beliau. Siapa yang menang undiannya dialah yang berhak ikut mendampingi Rasulullah saw. dalam perjalanan itu. Pada suatu ketika Rasulullah saw. mengundi kami untuk ikut mendampingi beliau dalam suatu peperangan yang dipimpin beliau sendiri. Aku beruntung, kerana undian ku lah yang keluar sebagai pemenang. Kerana itu akulah yang berhak pergi bersama beliau. Peristiwa ini terjadi sesudah turunnya Ayat Hijab (lihat surat Ahzab, 33:53-59). Lalu aku dinaikkan ke dalam sebuah sekedup dan diturunkan dalam setiap perhentian (tanpa aku keluar tetapi sekedupnya yang diturun naikkan). Setelah selesai perang, Rasulullah saw. serta rombongan pulang kembali ke Madinah (membawa kemenangan). Hampir sampai ke Madinah, beliau memberi izin seluruh pasukan istirehat malam. Ketika istirehat itu, aku keluar dari sekedup dan berjalan menjauhi pasukan untuk buang hajat. Setelah selesai buang hajat aku segera kembali ke pasukan. Ketika aku menyentuh dada ku terasa kalung ku yang terbuat dari permata zhafar buatan Yaman telah putus. Kerana itu aku kembali mencari kalung ku sehingga aku terlambat kembali ke pasukan. Sedangkan para pengawal yang bertugas menjaga ku selama dalam perjalanan telah mengangkat sekedup ku dan menaikkannya ke punggung unta yang ku kenderai (tanpa memeriksa lebih dahulu apakah aku ada di dalam atau tidak) lalu mereka berangkat. Mereka menyangka bahawa aku berada dalam sekedup. Ketika itu berat badan ku sangat ringan. Sehingga kalaupun aku berada dalam sekedup, para pengawal tidak akan merasa lebih berat bila mereka mengangkat sekedup itu. Dan ketika itu aku masih merupakan wanita muda usia. Mereka terus berjalan menggiring unta ku (tanpa aku). Aku mendapatkan kalung ku kembali setelah pasukan berjalan agak jauh. Ketika aku sampai di tempat peristirahatan, ku dapati di sana telah sepi. Aku memutuskan untuk tetap menunggu di tempat ku semula. Kerana aku berpendapat, bila rombongan tidak menemukan ku tentu mereka akan kembali mencari ku. Ketika aku duduk menunggu mereka di tempat itu, aku mengantuk dan tertidur. Kebetulan Shafwan bin Mu'aththal As Sulami ketinggalan pula oleh rombongan kerana dia tertidur. Ketika terbangun dia segera menyusul mereka dan lewat di dekat tempat ku menunggu. Ketika dia terlihat sesusuk tubuh sedang tidur, dia menghampiri dan mengenali ku, dia memang sudah pernah melihat ku sebelum ayat hijab turun. Aku terbangun ketika dia dengan terkejut mengucapkan kalimah istirja' (inna lillaahi wa inna ilaihi raji'un) setelah dia mengenali ku. Dan aku segera menutup muka ku dengan jilbab (kain penutup muka). Demi Allah! Dia tidak pernah mengucapkan sepatah kalimat pun kepada ku selain kalimah istirja' yang menyebabkan aku terbangun. Dia segera menyuruh untanya menunduk, dan aku disilakannya menaiki kenderaan itu. Sedangkan dia sendiri berjalan kaki menuntun unta sampai induk pasukan tersusul oleh kami sesudah mereka berhenti berehat dari terik panas tengah hari. Tetapi sungguh celakalah orang yang sengaja membuat fitnah terhadap diri ku mengenai peristiwa itu, yang diikhtiarkan oleh pemimpin mereka 'Abdullah bin Ubay bin Salul. Setelah kami sampai di Madinah aku jatuh sakit sebulan lamanya. Sementara itu dalam masyarakat telah meluas khabar bohong mengenai diri ku. Sedangkan aku tidak tahu berita itu telah meluas sedemikian rupa kerana aku sedang sakit. Tetapi ada suatu hal yang membimbangkan ku, ialah sikap Rasulullah saw. yang tidak memperlihatkan kasih sayang seperti biasanya kalau aku sedang sakit. Beliau pernah datang menengok ku sekali, setelah memberi salam beliau bertanya, "Bagaimana keadaan mu?" Itulah yang membimbangkan ku. Aku tidak mengetahui sama sekali heboh mengenai diri ku, sampai pada suatu hari setelah aku agak sembuh, aku pergi bersama Ummu Misthah ke lapangan di pinggir kota untuk buang hajat. Kerana memang di sanalah tempat kami buang hajat. Dan kami tidak pergi ke sana kecuali hanya pada malam hari saja. Yang demikian itu ialah sebelum kami membuat tempat tertutup di sekitar rumah kami. Memang sudah menjadi kebiasaan orang Arab pada masa dahulu, kalau buang hajat pergi ke lapangan di pinggir kota. Kerana mereka merasa jijik membuat tempat tertutup di sekitar rumah mereka. Ummu Misthah (nama aslinya Salma), ialah anak perempuan Abu Ruhma bin Muththalib bin Abdu Manaf. Sedangkan ibunya ialah anak perempuan Shakhar bin Amir bibi Abu Bakar Siddiq. Anak lelakinya ialah Misthah Ibnu Utsatsah bin Abbad bin Muththalib. Ketika kami pulang setelah selesai buang hajat, Ummu Misthah tersandung sandalnya lalu dia menyumpah: "Celaka si Misthah." katanya. Maka ku tegur dia, "Tidak baik berkata begitu. Bukanlah engkau memaki orang yang ikut dalam peperangan Badar?" Jawab Ummu Misthah, "Alangkah bodohnya engkau! Apakah engkau tidak mendengar apa yang dikatakannya?" Tanya ku, "Apa yang dikatakannya?" Dia menghabarkan kepada ku omongan tukang-tukang fitnah (yang memburuk-burukkan diri mu)." Semenjak aku mendengar berita Ummu Misthah itu, sakit ku semakin menjadi-jadi. Ketika Rasulullah saw. datang ke rumah ku, beliau memberi salam, lalu dia bertanya, "Bagaimana keadaan sakit mu?" Lalu aku bertanya kepada beliau, "Sudikah Tuan mengizinkan aku pulang ke rumah orang tua ku?" Kata 'Aisyah, "Sebenarnya aku ingin hendak menanyakan kepada orang tua ku kebenaran berita yang disampaikan Ummu Misthah kepada ku." Ternyata Rasulullah saw. mengizinkan ku, lalu aku pulang ke rumah orang tua ku dah bertanya kepada ibu ku, "Wahai ibu! Benarkah ada berita buruk yang dipercakapkan orang mengenai diri ku?" Jawab ibu, "Wahai anak ku sayang! Jangan engkau hiraukan. Demi Allah, jarang sekali wanita cantik yang disayangi suaminya, padahal dia mempunyai banyak madu yang tidak diomongi orang." "Subhanallah!" kata ku. "Kalau begitu, memang benarlah kiranya orang banyak mempercakapkan ku." Malam itu aku menangis semalam-malaman sampai Subuh. Air mata ku mengalir tak dapat ditahan dan aku tak dapat tidur kerananya. Sementara itu Rasulullah saw. memanggil Ali bin Abi Thalib dan Usamah bin Zaid untuk bermusyawarah dengan mereka - kerana waktu itu wahyu terhenti - Beliau bermusyawarah dengan keduanya apakah beliau harus menceraikan ku atau tidak. Usamah bin Zaid menyatakan pendapatnya, bahawa dia tahu benar para isteri Rasulullah saw. semuanya suci (setia) dan dia tahu benar mereka semuanya mencintai Rasulullah saw. Katanya, "Mereka adalah para isteri Anda. Aku yakin benar bahawa semuanya adalah para isteri yang setia." Adapun 'Ali bin Thalib berkata, "Allah Ta'ala tidak akan mempersulit Anda. Masih banyak wanita selain dia ('Aisyah). Tika Anda menghendaki seorang gadis, tidak seorang pun yang akan menolak Anda." Kemudian beliau panggil pula Barirah (pembantu rumah tangga 'Aisyah), lalu beliau bertanya, "Hai Barirah! Adakah engkau melihat sesuatu yang mencurigakan mengenai diri 'Aisyah?" Jawab Barirah, "Demi Allah yang mengutus Anda dengan agama yang benar. Sungguh, aku tidak melihat sedikit pun yang mencemarkan dirinya, selain hanya dia itu seorang wanita muda yang manja, yang pergi tidur meninggalkan adonan kuih, lalu datang haiwan peliharaan (kucing atau kambing) memakan adonan itu." Kemudian Rasulullah saw. berpidato di mimbar, menyatakan keberatannya atas tuduhan yang diprarasai Abdullah bin Ubay bin Salul." Sabda beliau di mimbar, "Hai kaum muslimin! Siapakah di antara tuan-tuan yang setuju dengan penolakan ku atas tuduhan yang telah mencemarkan nama baik keluarga ku? Demi Allah, aku yakin keluarga ku bersih dari tuduhan kotor yang tidak benar itu. Mereka juga telah menyebut-nyebut seorang lelaki (Shafwan bin Mu'aththai As Sulami) yang aku yakin bahawa dia itu orang baik. Dia tidak pernah masuk ke rumah ku kecuali bersama ku." Maka berdirilah Sa'ad bin Mu'adz Al Anshari, lalu dia berkata, "Aku membela Anda dalam masalah ini, ya Rasulullah! Jika tuduhan itu datang dari suku Aus, kami penggal lehernya. Dan jika datangnya dari saudara-saudara kami suku Khazraj, kami menunggu perintah Anda. Apa yang Anda perintahkan segera kami laksanakan." Maka berdiri pula Sa'ad bin Ubadah, pemimpin suku Khazraj dan seorang yang soleh tetapi diperdayakan oleh rasa kesukuan. Lalu dia berkata kepada Sa'ad bin Mu'adz, "Engkau bohong! Demi Allah, engkau tidak boleh membunuhnya dan memang engkau tidak sanggup melakukannya." Maka bangun pula Usaid bin Hudhair, anak pakcik Sa'ad bin Mu'adz. Katanya kepada Sa'ad bin Ubadah, "Engkaulah yang bohong! Demi Allah! Bila saja dan di mana saja kami sanggup membunuhnya! Engkau munafik, kerana engkau membela orang-orang munafik!" Pertengkaran antara suku Aus dan Khazraj itu menjadi hangat, sehingga hampir terjadi perkelahian antara mereka. Tetapi Rasulullah saw. yang masih berdiri di mimbar dapat menenangkan mereka sehingga mereka diam. Kata Aisyah selanjutnya, "Sehari-harian kerja ku hanya menangis dan menangis siang malam. Sehingga kedua orang tua ku cemas, kalau-kalau jantung ku pecah kerana menangis. Selama aku menangis, kedua orang tua ku selalu berada di samping ku. Tiba-tiba seorang perempuan Ansar minta izin hendak bertemu dengan ku, lalu ku izinkan dia masuk. Setelah dia masuk, dia pun menangisi ku (menambah kesedihan ku). Sementara itu Rasulullah saw. pun datang. Beliau memberi salam, lalu duduk di samping ku. Sejak berita bohong itu tersiar, beliau tidak pernah duduk di samping ku. Dan sudah sebulan wahyu tidak turun kepada beliau. Iaitu semenjak peristiwa ku ini. Ketika beliau duduk di samping ku, mula-mula beliau membaca tasyahhud. Kemudian beliau bersabda: "Hai 'Aisyah! Telah sampai kepada ku berita mengenai diri mu begini dan begitu. Jika engkau bersih dari tuduhan itu maka Allah Ta'ala akan membebaskanmu. Jika engkau memang berdosa, Minta ampunlah kepada Allah Ta'ala dan taubatlah kepadaNya. Kerana apabila seorang hamba sadar bahawa dia telah berdosa, kemudian dia taubat, nescaya Allah menerima taubatnya." Setelah ucapan beliau itu selesai diucapkannya, air mata ku mengambang dan tak tertahankan oleh ku dia jatuh berderai. Aku berkata kepada bapa ku. "Pak, tolonglah aku menjawab sabda Rasulullah." Jawab bapa ku, "Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus ku ucapkan kepada Rasulullah." Kemudian ku minta ibu ku, "Ibu, tolonglah aku menjawab sabda Rasulullah sebentar ini." Jawab ibu ku, "Demi Allah! Aku tidak tahu apa yang harus ku katakan kepada Rasulullah." Maka terpaksalah aku sendiri yang harus menjawabnya. Kata ku, "Aku ini adalah seorang wanita muda usia yang belum banyak mengetahui isi Al Quran. Demi Allah! Sekarang aku telah tahu bahawa Anda telah mendengar berita mengenai tuduhan terhadap diri ku, sehingga tuduhan itu tertanam dalam diri Anda dan nampaknya Anda seperti membenarkan berita itu. Walaupun aku mengatakan kepada Anda aku bersih dari tuduhan itu - demi Allah, hanya Allah sajalah yang maha tahu bahawa aku memang bersih Anda tentu tidak akan mempercayai ku juga. Dan seandainya aku mengatakan bahawa aku telah bersalah dan berbuat dosa, - demi Allah, Dia jugalah yang Maha Tahu bahawa aku bersih lentil Anda akan mempercayainya. Demi Allah! Aku tidak memperoleh sebuah contoh pun yang paling tepat mengenai peristiwa ini, selain ucapan yang diucapkan Nabi Ya'qub, bapa Nabi Yusuf, katanya : Sabar jualah yang paling indah, dan hanya Allah sajalah tempat minta tolong atas segala tuduhan yang dituduhkan mereka." Kemudian aku berpaling dan berbaring di tempat tidur ku. Kata 'Aisyah selanjutnya, "Demi Allah! Aku benar-benar bersih dari tuduhan itu, dan aku yakin bahawa Allah Ta'ala akan membersihkan nama baik ku dari tuduhan itu. Namun sejauh itu demi Allah, aku tidak menduga sama sekali bahawa Allah akan menurunkan wahyu dalam kaitannya dengan kes yang sedang ku hadapi ini. Sehingga akhirnya wahyu itu selalu kita baca. Kerana kes itu sangat cemar terasa oleh ku dibanding dengan keagungan firman Allah Ta'ala yang selalu kita baca. Tetapi aku berharap semoga Rasulullah saw. dapat melihat dalam mimpi beliau, di mana Allah Ta'ala memperlihatkan kepada beliau bahawa aku sungguh-sungguh bersih. Maka demi Allah, belum lagi Rasulullah saw. meninggalkan tempat duduknya, dan belum seorang jua pun yang keluar dari rumah kami, Allah Ta'ala menurunkan wahyu kepada Nabinya. Terlihat Nabi saw. seperti orang yang keberatan memikul beban berat, sebagai biasanya bila wahyu sedang diturunkan kepada beliau, sehingga beliau bersimbah peluh. Ketika Wahyu telah selesai turun, Rasulullah saw. tertawa. Kalimat yang mula-mula diucapkannya ialah: "Gembiralah, wahai 'Aisyah! Allah Ta'ala telah mengatakan bahawa engkau sungguh-sungguh bersih dari tuduhan itu." Lalu berkata ibu ku kepada ku, "Bangunlah engkau, nak! Mintalah maaf kepada beliau!" Jawab ku, "Demi Allah! Aku tidak perlu minta maaf kepada beliau. Aku hanya wajib memuji Allah, kerana Dialah yang menurunkan wahyu yang menyatakan bahawa aku memang bersih dari tuduhan kotor itu. Wahyu itu tersebut turun dalam Al Quran, surat An Nur sebanyak sepuluh ayat: "Sesungguhnya orang-orang yang membawa berita bohong ini adalah dari golongan kamu juga (lihat An Nur, 24 : 11 20). Kata 'Aisyah selanjutnya, "Selama ini Misthah dibelanjai oleh (bapa ku) Abu 'Bakar Siddiq sebagai keluarga dekat bapa. Semenjak kes itu terjadi, bapa ku bersumpah akan menghentikan bantuannya kepada Misthah untuk selama-lamanya. Maka turun pula wahyu yang melarang penghentian bantuan itu: "Dan janganlah orang-orang yang mempunyai kelebihan dan kelapangan di antara kamu bersumpah bahawa mereka tidak akan memberi bantuan kepada kaum kerabatnya....sampai dengan...Apakah kamu tidak ingin bahawa Allah mengampuni mu?" (An Nur, 24:22). Berkata Hibhan bin Musa, kata Abdullah bin Muharak. "Inilah ayat yang istimewa di dalam kitab Allah." Maka berkata Abu Bakar, "Demi Allah! Aku lebih suka mendapat ampunan Allah Ta'ala." Maka nafkah untuk Misthah diteruskannya kembali. Dan aku tidak pernah menghentikan nafkah untuk Misthah sepeninggal beliau."
8  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 3506.
Dari Sa'id ibnu 'Amr ibnu Syurahbil ibnu Sa'id ibnu Sa'ed ibnu Ubadah dari ayahnya dari datuknya berkisah, bahawa ia (Sa'ed ibnu Ubadah) pergi bersama Rasulullah saw dalam suatu peperangan, tiba-tiba ibunya meninggal di Madinah dengan mendadak. Ketika masih hidup ibunya pernah berkeinginan bersedekah, tetapi kemudian ia meninggal sebelum Sa'ed datang. Maka setelah Sa'ed datang, ia menyampaikan hal itu pada Rasulullah: "Wahai Rasulullah, adakah berguna bagi ibuku, bila aku bersedekah untuknya?" Jawab beliau: "Ya". Kata Sa'ed: "Aku akan sedekahkan kebunku yang ada di tempat itu di Madinah untuk ibuku". Sambil menyebutkan suatu perkebunan di Madinah.
9  
Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1277.
Mewartakan kepada kami Hisyam bin 'Ammar, mewartakan kepada kami 'Abdur-Rahman bin Sa'ed bin 'Ammar bin Sa'ed, Muadzdzin Rasulullah SAW., mewartakan kepadaku ayahku -Sa'ed bin 'Ammar-, dari ayahnya" 'Ammar bin Sa'ed-, dari kakeknya -Sa'ed, mu-adzdzin Rasul-, bahawasanya Rasulullah SAW. bertakbir dalam solat 'Idain (dua hari raya), pada rakaat pertama sebanyak tujuh kali takbir sebelum membaca -Al-Fatihah-. Dan pada rakaat terakhir sebanyak lima kali takbir sebelum membaca Al-Fatihah. Dalam Az-Zawa-id: Hadis 'Abdur-Rahman bin Sa'ed bin 'Ammar adalah isnadnya daif, kerana daifnya 'Abdur-Rahman bin Sa'ed. Sedangkan ayahnya tidak dikenal keadannya.
10  
Hadis Sunan An-Nasai Jilid 3. Hadis Nombor 2829.
Dari Az-Zuhri dari Urwah berkata: "Ketika aku membacakan pada Aisyah firman Allah: Falaa junaaha 'alaihi an yaththawwafa bihima (Maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i diantara keduanya), maka aku mengatakan: "Demi Allah, tiada dosa bagi seseorang yang tidak melakukan sa'i diantara Shafa dan Marwa". Kata Aisyah: "Alangkah buruknya apa yang kamu ucapkan itu, wahai anak saudaraku. Sungguh andaikan maksud ayat ini sebagaimana bunyi teksnya maka tiada dosa bagi yang tidak mengerjakan sa'i diantara Shafa dan Marwa, tetapi ayat ini diturunkan kepada kaum Ansar sebelum mereka masuk Islam, ketika mereka beribadah pada patung "Almanat" yang mereka sembah didepan Musyallal. Orang yang menyembah patung itu khuwatir berdosa jika mereka sa'i diantara Shafa dan Marwa. Setelah mereka masuk Islam, mereka bertanya kepada Rasulullah saw tentang hal itu, maka Allah menurunkan ayat: Innash-shafaa wal Marwata min sya'aa-irillah, faman hajjal baita awi' tamara falaa junaaha 'alaihi an yaththawwafa bihima (Sesungguhnya Shafa dan Marwa adalah sebahagian dari syi'ar Allah. Maka barangsiapa yang beribadah haji ke Baitullah atau berumrah, maka tidak ada dosa baginya mengerjakan sa'i antara keduanya). Dan Rasulullah saw telah mencontohkan sa'i diantara keduanya, maka tiada seorangpun yang boleh meninggalkan sa'i diantara keduanya, jika ia menunaikan ibadah haji atau umrah."

0 komentar:

Posting Komentar